Skim perlindungan ini diwujudkan oleh NEKMAT bagi membantu nelayan yang mengalami kemalangan semasa menangkap ikan di laut dan di darat.
Skim perlindungan ini meliputi kecederaan, kematian dan sumbangan ketika di hospital dan khairat kematian. Nelayan yang menyertai skim ini dilindungi dalam tempoh 24 jam.
Skim Perlindungan Dan Kebajikan Nelayan yang disediakan oleh NEKMAT terbahagi kepada dua iaitu:-
1) Skim Secara Percuma - Diberikan kepada nelayan bot Zon A atau nelayan pantai. Nelayan perlu memohon untuk menyertai skim ini melalui PNK.
2) Skim Berbayar - Mana-mana nelayan boleh mengambil skim ini. Kadar bayaran bergantung kepada kategori skim perlindungan yang di ambil.
Jadual Skim Perlindungan adalah seperti di bawah:-
SKIM PILIHAN |
FAEDAH KEMATIAN / KEHILANGAN |
FAEDAH KECACATAN / KETIDAKUPAYAAN TETAP |
FAEDAH PENDAPATAN HOSPITAL |
FAEDAH PERBELANJAAN PERUBATAN |
FAEDAH KEMATIAN AKIBAT PENYAKIT |
SUMBANGAN NELAYAN SEORANG SETAHUN KEPADA NEKMAT |
PERCUMA(ENJIN SANGKUT SAHAJA) |
RM5,000.00 |
2% - 100% dari RM5,000.00 |
RM50.00 Seminggu |
RM500.00 |
RM500.00 |
PERCUMA |
I |
RM5,000.00 |
2% - 100% dari RM5,000.00 |
RM50.00 Seminggu |
RM500.00 |
RM500.00 |
RM15.00 |
II |
RM10,000.00 |
2% - 100% dari RM10,000.00 |
RM50.00 Seminggu |
RM500.00 |
RM600.00 |
RM25.00 |
III |
RM15,000.00 |
2% - 100% dari RM15,000.00 |
RM50.00 Seminggu |
RM500.00 |
RM750.00 |
RM30.00 |
IV |
RM25,000.00 |
2% - 100% dari RM25,000.00 |
RM100.00 Seminggu |
RM500.00 |
RM850.00 |
RM50.00 |
V |
RM30,000.00 |
2% - 100% dari RM30,000.00 |
RM100.00 Seminggu |
RM1,000.00 |
RM1,000.00 |
RM70.00 |
Nota:
Sila hubungi NEKMAT bagi memastikan syarat-syarat dan kelayakan penyertaan anda di dalam skim perlindungan di atas. NEKMAT TIDAK terikat untuk menerima sebarang permohonan yang diajukan oleh mana-mana pihak. Harap maklum.