ARKIB BERITA

12 Januari 2021 - Taman Wahyu, KL. Majlis Pelancaran Pasar Mini NEKmart telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 bagi mewakili Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Pada dasarnya, NEKMAT telah mewujudkan jualan ikan segar di NEKMAT Taman Wahyu dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan yang dimulakan pada 10 Mac 2020 dimana sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan sehingga ke hari ini. Oleh yang demikian, NEKMAT ingin melangkah ke hadapan lagi bagi memudahkan pelanggan dimana mereka boleh mendapatkan keperluan lain juga dan bukan hanya ikan segar semata-mata. Kewujudan NEKmart ini juga adalah disebabkan untuk membantu usahawan bimbingan MAFI dan LKIM serta usahawan bumiputera dan usahawan produk IKS bagi mengumpul dan mengedar produk-produk mereka.

Bertempat di Kompleks Bilik Sejuk NEKMAT Taman Wahyu. Pasar Mini NEKmart menjual pelbagai jenis barangan dapur, sayur-sayuran, hasil laut dan pelbagai produk dari PNN/PNK dan Usahawan bimbingan PNN/PNK.

SOP dan penjarakan turut diamalkan.

15 Januari 2020, Kuala Lumpur - Majlis Amanat Tahun 2020 kepada Pengurusan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) telah disampaikan oleh Haji Abdul Hamid Bin Bahari, Pengerusi NEKMAT.

PUTRAJAYA, 6 Jan | Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam amanat tahun baharunya hari ini mahu warga kementerian memberi keutamaan terhadap inisiatif untuk meningkatkan pendapatan golongan pesawah dan nelayan pada tahun ini. Ketika berucap pada majlis amanat tahun 2020 bersama warga kementeriannya di sini, beliau berkata perkara itu perlu menjadi keutamaan dan memerlukan tindakan tuntas kerana kedua-dua kelompok itu masih hidup dalam kemiskinan.

BERNAMA KUALA LUMPUR, 5 Jan -- Nekmatbiz.com.my, laman sesawang menjual hasil laut yang baru dibangunkan untuk memperluaskan lagi penjualan hasil laut nelayan secara terus kepada pengguna, menerima sambutan yang menggalakkan. Walaupun mula beroperasi sejak Julai tahun lepas, nilai jualan pada Disember mencatat kira-kira RM18,000 yang melibatkan hasil laut sebanyak 900 kilogram (kg), kata Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) Azrin Shah Ismail kepada Bernama baru-baru ini. Beliau yang ditemui di Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Nekmat di sini, berkata perniagaan di nekmatbiz.com.my, yang dibangunkan oleh persatuan itu dengan bantuan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) , telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya daripada pelanggan di Lembah Klang. “Pelanggan bandar yang mempunyai kekangan masa untuk ke pasar telah memilih perkhidmatan dalam talian Nekmatbiz, yang memberi pilihan hasil laut yang pelbagai dengan produk segar dan berkualiti, serta dihantar pada hari yang sama hasil laut ditangkap,” katanya. Beliau berkata kemampuan pihaknya menawarkan hasil laut yang segar adalah kerana mempunyai rangkaian nelayan di seluruh negara. Azrin berkata permintaan terhadap hasil laut dalam talian itu mula menunjukkan peningkatan sejak November lepas dengan mencatat jualan sebanyak RM10,000 melibatkan hasil laut berjumlah 500kg.

29 Disember 2019 - Kuala Selangor. Telah berlangsung Program Back To School bagi anak-anak nelayan Parlimen Kuala Selangor Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Muhammad Faiz Fadzil, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Turut Hadir di majlis tersebut Tuan Mohd Maskor Tumiran, Pegawai Khas Datuk Seri Dzulkifly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor serta Pengurus Besar NEKMAT Ybhg Azrin Shah Ismail. Terima kasih kepada pihak yang terlibat semoga sumbangan ini dapat meringankan beban anak-anak penerima.