KONTRAK BEKALAN RANGSUM SEGAR

Projek ini melibatkan kontrak pembekalan rangsum segar seperti ikan laut, ikan air tawar, sayur-sayuran, buah-buahan dan bahan mentah kepada agensi kerajaan dan juga swasta. Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain di kawasan Semenanjung dan Sarawak mengikut zon-zon tertentu.

NEKMAT juga pernah menjalankan serta mempunyai pengalaman dalam Kontrak Bekalan Makanan Bermasak diseluruh negara.