Persatuan Nelayan Kebangsaan(NEKMAT) ditubuhkan dibawah AKTA PERSATUAN NELAYAN TAHUN 1971 dan didaftarkan pada 30 November 1985. Persatuan Nelayan Kebangsaan(NEKMAT) adalah sebuah badan progresif yang bertanggungjawab menjaga kesentosaan nelayan-nelayan dibawah persatuannya. Persatuan Nelayan Kebangsaan(NEKMAT) beroperasi dibawah seliaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM).
Tafsiran Logo NEKMAT
LOGO | TAFSIRAN |
---|---|
![]() |
Logo melambangkan satu identiti yang kukuh, bersatupadu di dalam usaha memajukan industri perikanan. |
![]() |
Warna biru adalah menggambarkan laut dimana menjadi tempat sumber utama pembangunan industri perikanan. Bot adalah menggambarkan industri perikanan yang perlu dibangunkan oleh Persatuan ini. |
![]() |
Lambang berupa tangan adalah menggambarkan dua badan Persatuan Nelayan peringkat negeri dan kawasan dipadukan dan didokong bersama dengan semangat gigih dan progresif ke arah membangunkan industri perikanan di bawah Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT). |