Bot Pukat Jerut NEKMAT dimulakan pada 2013 yang berpangkalan di Kompleks Pendaratan Ikan LKIM Kuala Perlis, Perlis. Memiliki Penghela Pukat(Robot)
5 Tan dengan purata pendaratan 40.0 MT/Bulan
OPERASI BOT
Pasukan pengurusan projek NEKMAT di Kuala Perlis dikendali oleh 2 orang Penolong Pengurus dan 4 orang kakitangan sokongan NEKMAT.
Pekerja bot / awak-awak adalah terdiri daripada pekerja asing (Thailand). Jumlah pekerja terlibat adalah seramai 30 orang iaitu 26 pekerja bagi bot induk dan 4 orang pekerja bagi 2 buah bot unjam. Pekerja-pekerja ini telah didaftarkan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
Bot induk diketuai oleh seorang ‘Master Skipper’ iaitu Tekong dan 25 orang awak-awak. Daripada jumlah awak-awak tersebut, terdapat 3 orang pekerja mahir iaitu Jurumudi, Juruenjin dan Tukang Masak.
Sebuah bot unjam diketuai oleh seorang Tekong dan seorang krew.