PINJAMAN KEPADA PNN/PNK

Skim pinjaman mudah NEKMAT adalah skim khas yang diberikan kepada Persatuan Nelayan Negeri(PNN) dan Persatuan Nelayan Kawasan(PNK) yang berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) sahaja.

Semenjak Skim Pinjaman ini dilaksanakan pada tahun 2014, sehingga bulan Januari 2019 Pengurusan NEKMAT telah menerima 36 permohonan iaitu 7 PNN dan 29 PNK seperti berikut:

BIL. PERSATUAN NELAYAN HAD PINJAMAN 1 HAD PINJAMAN 2 JUMLAH(RM)
1 Persatuan Nelayan Negeri(PNN) 100,000 100,000 200,000
2 Persatuan Nelayan Kawasan(PNK) 50,000 50,000 100,000

SYARAT-SYARAT PINJAMAN

1. Lengkapkan Borang Permohonan (2 Salinan)

2. Permohonan hendaklah ;
a) Mendapat kelulusan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PNK/PNN.
b) Mendapat sokongan dari Pengarah LKIM Negeri.
c) Menyediakan kertas kerja yang lengkap.

3. Sertakan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pinjaman seperti :
a) Salinan sebutharga bagi barangan yang hendak di beli.
b) Salinan resit-resit yang berkaitan.

4. Membayar Caj Perkhidmatan sebanyak 2% dari jumlah pinjaman setelah pinjaman diluluskan.

DOKUMEN YANG PERLU DIKEPILKAN BERSAMA BORANG PERMOHONAN

1. Salinan kelulusan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PNK/PNN untuk membuat pinjaman.

2. Kertas kerja projek yang lengkap :
a. Tujuan
b. Latar Belakang
c. Cadangan Pinjaman
d. Aliran Kewangan/Untung Rugi Projek
e. Justifikasi
f. Penutup

JADUAL BAYARAN BALIK

It appears you don't have a PDF plugin for this browser. No biggie... you can click here to download the PDF file.