BEKALAN & PEMASARAN IKAN BASAH

Jualan Secara Borong

Pemasaran Ikan Basah secara borong telah dimulakan semenjak tahun 1990. Antara lokasi-lokasi projek ini ialah di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur, Pasar Borong Pandan di Johor Bharu dan Pasar Besar Klang di Selangor.

Waktu operasi bermula dari pukul 1.30 pagi hingga 8.00 pagi. Bekalan ikan tersebut diperolehi daripada nelayan tempatan dan juga dari luar negara seperti Indonesia dan Thailand.

Projek ini berperanan untuk membekalkan ikan ke pasar-pasar yang kecil, kedai-kedai, supermarket, individu dan sebagainya. Pemborong, peruncit dan individu boleh memperolehi bekalan dari NEKMAT melalui projek ini.

Diantara ikan yang biasa dibekalkan adalah seperti merah, kerapu,jenahak,tenggiri, bawal,sotong dan lain-lain mengikut permintaan pelanggan.

Jualan Secara Runcit (Pasar Nelayan Dan Pasar Tani)

Selaras dengan saranan kerajaan bagi mengurangkan peranan orang tengah dalam pengedaran dan pemasaran ikan segar kepada rakyat, NEKMAT telah diarah memainkan peranan yang lebih berkesan. Bekalan ikan telah diperolehi dari Persatuan-Persatuan Nelayan Kawasan yang berhampiran serta juga dari nelayan-nelayan di seluruh negara.

Bermula pada bulan Oktober 2013, NEKMAT dengan kerjasama FAMA telah diberi ruang niaga di Pasar-Pasar Tani kelolaan FAMA. Pada masa ini NEKMAT telah terlibat secara langsung di dalam aktiviti-aktivi pemasaran ikan di tapak pasar tani di sekitar Lembah Klang


Selain dari NEKMAT, Persatuan-Persatuan Nelayan Negeri dan juga Persatuan-Persatuan Nelayan Kawasan turut sama terlibat dalam menjalankan aktiviti pemasaran ikan di pasar-pasar tani yang dikelolakan oleh FAMA di seluruh negara.